BELI BUKU

JOM FOLLOW BLOG SAYA..TERIMA KASIH.

Thursday, May 26, 2016

Post #73 Tindakan Perlu Diambil Semasa Gempa Bumi

Tahun lepas negara kita dikejutkan dengan kejadian gempa yang berlaku di Ranau Sabah. Kejadian tersebut telah menyebabkan beberapa orang pendaki Gunung Kinabalu menemui ajal semasa pendakian mereka termasuklah beberapa orang pelajar sekolah dari Singapura.

Memang kita tidak pernah menyangka yang kejadian gempa Bumi akan berlaku di negara kita. Tetapi apa yang terjadi di Sabah pada tahun 2015 haruslah diambil iktibar.
Adalah penting bagi kita untuk melengkapkan diri kita dengan pengetahuan seperti tindakan yang perlu diambil sekira berlaku bencana alam seperti gempa bumi. 
Tambahan pula dengan keadaan bumi yang semakin uzur, perubahan iklim yang mendadak serta tidak dapat dijangka, kejadian-kejadian seperti tsunami, taufan, puting beliung, peningkatan paras air laut dan juga gempa bumi, boleh melanda negara kita pada masa yang tidak dapat kita duga.

Pada post kali ini, akak nak share perkongsian dari pihak Meteorologi Malaysia mengenai langkah-langkah perlu diambil Sebelum, Semasa dan Selepas Gempa Bumi.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca yang singgah sini. 
Terima Kasih.





.

Tuesday, May 24, 2016

Post #72 Kesilapan Dalam Mendidik Anak Lelaki

Allahuu....

Perkongsian dari fb Iman Plymouth yang melintas di newsfeed akak membuatkan akak berfikir panjang. Ini lah yang dikatakan Allah yang Atur (tengok post #71, akak ada share.).  Dan sekiranya tuan puan serta adik2 yang terbaca post akak ni, itu mungkin kerana Allah nak kita dapat ilmu ni. 
Terimakasih Allah dan terimakasih juga kepada empunya fb yang diberi ilham untuk berkongsi tentang ini.

Semoga kita semua sama-sama mendapat manafaat. Inshaa Allah.
_________________________________________________
Kita terlalu sibuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri sampai terlupa didik anak lelaki untuk menghormati dan melindungi kaum wanita.
Kita terlampau sibuk mengajar anak perempuan jadi isteri yang taat dan patuh sampai terlupa nak didik anak lelaki jadi suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Kita terlampau sibuk ajar anak perempuan uruskan rumahtangga, memasak, membasuh, mengemas, sampai tak perasan anak lelaki cuma tahu goyang kaki sebab semua dah terhidang depan mata oleh orang perempuan di dalam rumahnya.
Kita terlampau sibuk persiapkan anak perempuan dengan ilmu pertahankan diri, tutup aurat, jaga pergaulan sampai tak ingat nak ajar anak lelaki jangan sentuh jangan tenung anak perempuan orang sembarangan.
Perasan tak perempuan sentiasa diberi tunjuk ajar macam mana nak lalui zaman remaja (akil baligh) mereka supaya tak mengandung whatsoever? Perasan tak lelaki kena deal sendiri sepanjang proses akil baligh mereka dan tak ada yang approach?
Kita rasa bela anak perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekandang. Kerana tak terdidiknya kaum lelaki lah kaum perempuan tertindas. Kerana tak terdidiknya orang lelaki lah orang perempuan automatik berdikari.
Wahai ibu wahai bapa. Didiklah anak-anak lelaki dan perempuan anda sebaik-baiknya. Kasihanilah anak lelaki anda yang 'terabai' dan disuruh belajar sendiri erti tanggungjawab. Kasihanilah anak perempuan anda yang dibebani dengan tanggungjawab yang sepatutnya lelaki laksanakan.




Wednesday, May 18, 2016

Post #71 Allah yang atur.

Post ni melintas di newsfeed akak beberapa hari lepas.

Menarik sekali kata-kata dari penulis ini.

Akak setuju sangat. Segala yang berlaku pasti nya aturan dari Allah yang Maha Esa.
----------------------------------------------------
Terfikir tiba2.

Kadang2 kita terasa orang tuju2 status kepada kita.

Padahal di sebalik tabir, dia ada bank status yang siap dijadualkan tanpa ada senarai sasaran pun.

Dan apabila tiba masa dia pos status itu, kita terbaca, dalam keadaan kita sedang mengalami perkara lebih kurang serupa dengan konten statusnya.

Kadang2, bukan orang itu yang tujukan statusnya kepada kita.

Tapi Tuhan yang susun supaya orang itu pos statusnya pada waktu sekian-sekian, dan digerakkan pula kita untuk buka Facebook pada waktu status itu muncul di Newsfeed.

Mungkin sebenarnya, Dia yang mahu kita baca.

Mungkin.

Wallahu alam.

*************************************

Tuesday, May 17, 2016

Post #70 Puisi Untuk Sahabat

Malam ni akak nak feeling sentimental la sikit.
Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita selepas 
kedua ibubapa dan adik beradik kita kan.

Kadang-kadang mereka menjadi tempat kita 
menyimpan rahsia dan tempat meluah masalah.

Tetapi tak ramai yang boleh menjadi sahabat di waktu susah dan senang kita. 
           --------------------------------------------
PUISI UNTUK KITA SEMUA
(KHADIJAH HASHIM)
Untuk semua sahabat...Kita.. adalah..Warga setengah tua..Sisa2 pesona masih ada...Dibalut keriput yg mulai ketara...Senyum indah masih tersisa...Canda ceria juga masih ada...Muzik2 lama jadi teman setia...Dulu Belajar bersama-sama..Namun jalan hidup ber-beda2...Menjelang tua,Whatsapp / Tele mempertemukan kitaSambil mengenang masa muda yg pernah ada...Mari kita nikmati masa ini bersama-sama..Sebelum satu demi satu kita tiada...Sebelum yg nyata ini menjadi fana...Terima kasih saudaraku di masa muda...Terima kasih saudaraku di masa menjelang tua... Yang saling memaafkan  dan mengerti arti persahabatan di usia senja.Semoga tetap sihat, sejahtera dan bahagia...moga selamat di mana saja anda berada......
Love u all sahabat terbaik ku 


Post #69 Selamat Hari Guru

(Copypaste dari fb TV AlHijrah)



“GURU OH GURU” – USMAN AWANG

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “CIKGU” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

#TerimaKasihCikgu #SamiknaWaaAtoqna #HariGuru2016 #TVAlhijrah #TVAlhijrah114

Tuesday, May 10, 2016

Post #68 Berdosa kah Menyambut Hari Ibu?



Dipetik dari fb Uthman Daud.
Fatwa ulama al azhar tentang Hari Ibu

Dr Muhammad Bakar Ismail, Professor Tafsir dan Ilmu-ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar al-Syarif memberikan pandangan seperti berikut:
“Hari ini dimana ibu dimuliakan dan dinamakan dengan Hari Ibu adalah daripada bid’ah-bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat. Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kecantikan dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan dan ihsan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini. Manakala jika adat ini lahir daripada perkara yang sebaliknya, dan melakukannya juga melibatkan perkara-perkara yang buruk dan dilarang oleh Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.”
Dr ‘Abdul Fattah Asyur, seorang lagi ulama’ al-Azhar memberikan pendapat seperti berikut:
Bahawa merayakan beberapa hari yang padanya dimuliakan manusia atau menghidupkan ingatan-ingatan yang baik, maka tidak seorang pun mengatakan bahawa program ini adalah perayaan agama atau sebahagian daripada perayaan-perayaan Muslimin. Tetapi ia adalah peluang untuk menunjukkan syiar perasaan yang baik terhadap orang-orang yang berbudi kepada kita dan diantaranya ialah apa yang dikenali sebagai Hari Ibu. Sesungguhnya bagi ibu kedudukan yang khusus dalam Islam dan juga dalam setiap agama lain. Maka ibu wajib dimuliakan dan dirayakan.
----------------------------- **************--------------------------------------

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU KEPADA PARA IBU YANG MEMBACA BLOG AKAK INI. 
SESUNGGUHNYA IBU PERLU DI RAIKAN SETIAP HARI.
TETAPI KALAU KITA JADIKAN SATU HARI YANG ISTIMEWA UNTUK MENGINAGATI JASA PARA IBU, MEMANG LEBIH TERASA KEMERIAHAN NYA...MALAHAN DISAMBUT DI SELURUH DUNIA LAGI TUU..